Kod NOSS: MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
Syarat Umum:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur antara 17 hingga 35 tahun;
3. Lulus dalam temuduga yang dijalankan;
4. Tidak layak untuk pelajar dengan buta, buta warna, masalah pendengaran (tanpa alat bantu dengar), kecacatan pertuturan dan bahasa, dan kecacatan fizikal. Sila rujuk Garis Panduan Kemasukan untuk Calon Kurang Upaya.
Kod & Nama Kursus: DEME34 Diploma Teknologi Mekatronik (DKM)
Tempoh Latihan: 18 BULAN
Syarat Khusus:
1. Memenuhi Keperluan Am (Sila rujuk Keperluan Am di atas);
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam 1 (satu) daripada bidang berikut:
a) H-170-3 / H-176-3 : Juruteknik Automasi Senior; atau
b) MC-091-3:2013 : Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri; atau
c) MC-091-3:2016 : Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri.
Diploma Teknologi Mekatronik melibatkan kemahiran teknikal Tahap 4, melibatkan gabungan lima disiplin yang merangkumi Robotik, Automasi, Pembuatan, Instrumentasi, dan Sistem Kawalan. Kursus ini diintegrasikan dan menekankan pembangunan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik. Kursus ini menitikberatkan kefahaman teori dan kemahiran praktikal untuk menghasilkan graduan yang berkompeten dalam bidang automasi perindustrian. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan terlibat dalam aplikasi automasi peralatan dan penyelenggaraan industri. Graduan dalam bidang ini boleh dan berkemampuan untuk ditugaskan sebagai Pentadbir Kejuruteraan Automasi Industri yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam sistem automasi industri yang melibatkan reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan, penyelenggaraan, bantuan pengurusan projek serta bantuan pembangunan sistem. Selain itu, pelajar akan dilatih cara berkomunikasi yang berkesan, melawat industri pengeluaran serta teribat dalam program bersama komuniti. Pelajar tahun akhir juga dikehendaki melaksanakan projek berkaitan industri dan akan menjalani latihan industri selama 6 bulan. Ini akan mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar dalam pekerjaan dalam mengurus tenaga kerja, kewangan dan sumber bagi mempersiapkan pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran apabila bekerja kelak.
SYLLABUS STRUCTURE
SEMESTER | MODULE CODE | MODULE NAME | CREDIT |
4 | L12-44-31 L12-44-32 L12-34-33 L12-34-34 L12-24-35 L12-34-36 PTA 4011 | AUTOMATION SYSTEM DESIGN EQUIPMENT MAINTENANCE PROJECT MANAGEMENT MICROCONTROLLER INDUSTRIAL SAFETY DRIVE TECHNOLOGY FINAL YEAR PROJECT1 | 4 4 3 3 2 3 1 |
5 | L12-45-31 L12-35-32 L12-35-33 PTA 5025 HAK 5141 ENT 4131 | AUTOMATION SYSTEM INSTALLATION AUTOMATION SYSTEM COMMISSIONING PROCESS CONTROL FINAL YEAR PROJECT 2 HAK PEKERJA e ENTREPENEURSHIP | 4 3 3 5 1 1 |
6 | LI 6026 | INDUSTRIAL TRAINING ( 6 MONTHS ) | 6 |
Graduan Diploma Teknologi Mekatronik berkemahiran untuk memohon sebagai:
a) Juruteknik Automasi Industri
b) Juruteknik Sistem Kawalan
c) Penolong Jurutera Mekatronik
d) Penolong Jurutera Automasi
e) Juruteknik Penyelenggaraan
f) Penolong Penyelia Teknikal