Kod NOSS: EE-321-4:2012 Pengurusan Infrastruktur Penghantaran
Syarat umum :
1. warganegara Malaysia;
2. berumur antara 17 dan 35 tahun;
3. lulus dalam wawancara yang dijalankan;
4. tidak layak untuk pelajar dengan buta, buta warna, gangguan pendengaran (tanpa bantuan pendengarkan), kecacatan ucapan dan bahasa dan kecederaan fizikal. Sila rujuk Panduan Kemasukan untuk Pemohon Disabiliti.
Kod & Kursus Nama : L03 Diploma Teknologi Telekomunikasi (DKM)
Tempoh Pengajian : 18 bulan
Syarat-syarat khusus:
1. memenuhi keperluan umum (boleh rujuk keperluan umum di atas);
2. mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam 1(satu) bidang berikut:
a) D210-3: Juruteknik Telekomunikasi-Pemasangan; atau
b) D-211-3: D211-Penyelenggaraan; atau
c) EE-321-3:2012: Pemasangan dan Penyelenggaran Infrastruktur Penghantaran.
Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Telekomunikasi. Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal /elektronik . Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital , sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole ) dan tiang (pole) dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang Telekomunikasi tersebut.
SYLLABUS STRUCTURE
SEMESTER | KOD MODUL | STRUKTUR KURIKULUM | KREDIT MINIMUM |
4 | L03-04-31 L03-04-32 L03-04-33 L03-04-34 L03-04-35 CA PTA 4011 | OPTICAL TRANSMISSION SYSTEM PROJECT MANAGEMENT ELECTRICAL TECHNOLOGY WORKSHOP PRACTICE MICROCONTROLLER CORE ABILITIES FINAL YEAR PROJECT 1 | 3 3 3 3 3 1 1 |
5 | L03-05-21 L03-05-22 HAK5141 ENT 4131 PTA 5025 | TRANSMISSION MANAGEMENT NETWORK MANAGEMENT HAK PEKERJA ENTREPRENUERSHIP FINAL YEAR PROJECT 2 | 4 4 1 1 5 |
6 | LI 6026 | INDUSTRIAL TRAINING (6 MONTHS) | 6 |
Para graduan berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera Telekomunikasi di sektor awam atau swasta seperti Telekom Malaysia, Astro Broadcast Asia Sdn Bhd , RTM,TV3, Malaysia Airport, Maxis, Celcom,Digi dan lain-lain syarikat berkaitan industri telekomunikasi. Para graduan berpeluang bekerja di syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi maklumat seperti syarikat yang mengendalikan sistem pelayan (server) untuk sistem rangkaian internet , CCTV atau sebagainya dan juga bekerja di pusat data (data centre) atau sebagai juruteknik IT helpdesk centre. Akhir sekali, para graduan boleh juga berpeluang bekerja di sektor perkilangan elektrik dan elektronik sebagai juruteknik penyelenggaraan atau sebagainya.