Promosi Kursus Jangka Pendek (KJP) 2026 kini dibuka!
Rebut peluang meningkatkan kemahiran dan kompetensi melalui pelbagai kursus jangka pendek yang ditawarkan sepanjang tahun 2026. Kursus ini direka khusus untuk memenuhi keperluan industri semasa serta terbuka kepada individu, organisasi dan syarikat. KJP 2026 merangkumi bidang;
1. Teknologi Automotif
2. Teknologi Pembuatan
3. Teknologi Mekatronik
4. Teknologi Komputer
5. Teknologi Telekomumikasi
6. Program latihan softskill
▶️Muat Turun Takwim KJP 2026◀️
PERMOHONAN
Permohonan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan sila rujuk syarat kursus dalam TAKWIM KJP 2026.
1. Muat turun TAKWIM KJP 2026
2. Semak Kursus Jangka Pendek (KJP) dalam TAKWIM KJP 2026.
3. Catatkan Kod Kursus (KJP) yang dipilih
4. Buka laman web Proton Institute https://www.adtecmlk.gov.my/v5/index.php atau scan QR code pada muka surat akhir TAKWIM KJP 2026.
5. Buat permohonan secara dalam talian
6. Klik link dibawah untuk membuat permohonan Kursus Jangka Pendek :
Server 1 Server 2
7.Atau; peserta boleh membuat permohonan Kursus Jangka Pendek (KJP) diluar tarikh takwim dengan menghantar permohonan secara email kepada
a) Kod Kursus & Tajuk Kursus
b) Cadangan Tarikh Pelaksanaan
c) Bilangan Peserta (Bilangan peserta minima boleh dirujuk dalam TAKWIM KJP 2026)
d) Senarai nama peserta
e) Keperluan tambahan penginapan / makan dan minum
f) Permohonan yag lengkap perlu dihantar melalui email untuk perhatian Penolong Pengarah CESS.
PESERTA
Terbuka (Pekerja sektor awam/swasta, pelajar sekolah/IPT dan orang awam)
KAEDAH PELAKSANAAN
Tarikh kursus yang dipaparkan dalam Takwim KJP 2026 adalah tetap, walaubagaimanapun pihak PROTON Institute berhak membuat pindaan tarikh sekiranya terdapat permintaan dari peserta atau terdapat pertindihan tarikh dengan program lain.
1. Tempoh pelaksanaan antara 1 hingga 3 hari
2. KJP hanya dilaksanakan pada hari bekerja (biasa) atau hari Sabtu atau hari Ahad sahaja. KJP tidak dilaksanakan pada hari CUTI UMUM (Public Holiday).
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan;
BAHAGIAN KOMUNITI & KHIDMAT SOKONGAN PEKERJAAN (CESS)
Email:











