Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran merupakan salah satu daripada dua jabatan yang terdapat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka. Jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berasaskan Mekanikal Dan Pengeluaran diperingkat Diploma. Pelajar akan dianugerahkan persijilan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah berjaya menamatkan latihan dan memenuhi semua syarat.
Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran terus mengorak langkah dalam menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkualiti yang efisien dan professional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan mekanikal dan pengeluaran bagi melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran mempunyai tenaga pengajar yang professional, dedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang cukup, bagi keperluan pelajar agar berupaya mencapai kecemerlangan dalam latihan.
Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran terdiri daripada 2 bahagian iaitu:
1. Bahagian Teknologi Automotif Servis
2. Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
Ketua Jabatan Mekanikal Dan Pengeluaran
Hisham Bin Mat Salleh, DV52
Telefon : 06 - 5527227 Ext 156 Email:
Bahagian Teknologi Automotif Servis | Bahagian Pembuatan (Perkakasan-Die) |
Email : | Email : |