29 Oktober 2025 | Selaras dengan komitmen PROTON Institute dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan mahir dalam bidang Pemesinan dan Pembuatan Alat Tekan (Die Making), satu langkah proaktif telah diambil dengan penganjuran Kursus Operating & Maintenance WEDM di Bengkel CNC Pembuatan. Kursus ini dianjurkan sempena penerimaan mesin Wire Electric Discharge Machine (WEDM) baharu melalui inisiatif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12).
Kursus yang berlangsung selama empat hari, iaitu dari 26 hingga 29 Oktober 2025 (8:30 pagi β 5:00 petang), bertujuan utama untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan pengetahuan para peserta. Pendedahan komprehensif mengenai teknik operasi yang betul dan tatacara penyelenggaraan mesin WEDM adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kecekapan kerja, khususnya dalam menyokong modul-modul kemahiran dari SKM Tahap 2 hingga Tahap 4 (DKM) dalam pembangunan perkakasan (die development).
Seramai lapan orang peserta telah menyertai kursus intensif ini, terdiri daripada tenaga pengajar dan kakitangan teknikal utama Institut. Kehadiran mereka menunjukkan kepentingan pemindahan teknologi terkini bagi memastikan penyampaian latihan kekal relevan dengan keperluan industri automotif dan pembuatan berkualiti tinggi.
Senarai Peserta:
Β
1. Ts. Dr. Hj. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim
2. En. Hisham bin Mat Salleh
3. Hj. Shukri bin Hamzah
4. En. Mohd Farid bin Mohd Nordin
5. En. Mohd Nazri bin Shahabuddin
6. En. Harmizi bin Rahim
7. En. Mohmad Nazari bin Abu
8. YM Tengku Norlia binti Tengku Adzam
Β
Penganjuran kursus seumpama ini mengukuhkan lagi usaha PROTON Institute dalam memastikan graduan yang dihasilkan menepati standard DKM/SKM Tahap 4 dalam pengkhususan pembuatan perkakasan, di mana pengendalian dan penyelenggaraan peralatan CNC berteknologi tinggi seperti WEDM adalah kemahiran kritikal.
Β
π΄ππππππππππππ π²ππππππππ, π΄ππππππππππππ π΄πππ π―ππ
ππππ
π¬πππππππππ πΊπππππ, π°πππππππ πππππππ
Jom sertai kegemilangan bersama kami di