EKSA @adtecmlk

PENGENALAN EKSA
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka mengadaptasi Amalan 5S, satu kaedah pengurusan dari Jepun yang memfokuskan persekitaran kerja berkualiti, seterusnya mensasarkan peningkatan kualiti perkhidmatan ke arah kecemerlangan. Pihak MAMPU telah menjenamakan semula kaedah 5S ini kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang menekankan lagi dari segi penjagaan alam sekitar. Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan pelaksanaan amalan EKSA nerupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan secara universal. Pelaksanaan amalan EKSA dapat membantu warga ADTEC Melaka merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Ciri-ciri baik yang lain seperti ergonomik, keselamatan, kesihatan, keselesaan, menjurus kepada penjimatan sumber alam sekitar turut ditekankan. Garis panduan ini menjadi rujukan penting semua anggota ADTEC Melaka untuk menjayakan pelaksanaan EKSA. Garis panduan ini dibuat sedemikian rupa agar tidak terlalu tegar (rigid). Ini akan memudahkan setiap zon mengamalkan EKSA mengikut kreativiti masing-masing tanpa terikat kepada rekabentuk (design) tertentu sahaja; justeru, menggalakkan percambahan idea-idea terbaru yang akan dapat dikongsikan dengan zon-zon lain pula.

ORGANISASI


AKTIVITI


DASAR DAN GARIS PANDUAN
Untuk muat turun dokumen GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA ADTEC MELAKA, sila klik DI SINI