SOALAN LAZIM


SOALAN 1: Bagaimanakah permohonan kemasukan ke ADTEC Melaka boleh dibuat?

Bagi Permohonan Kursus Sepenuh Masa: Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN.

Bagi Permohonan Kursus Separuh Masa: Penawaran kursus separuh masa dibuat mengikut jadual yang ditetapkan (Sila rujuk Senarai Kursus Jangka Pendek). Permohonan secara online.

SOALAN 2: Berapakah yuran pengajian bagi kursus sepenuh masa di ADTEC Melaka?

Yuran Pengajian:
i) Diploma : RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
ii) Yuran Asrama : RM616.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
iii) Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM500-RM600 tertakluk kepada institut)

SOALAN 3: Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC Melaka?

Berikut adalah kursus yang ditawarkan:

JABATAN MEKANIKAL & PENGELUARAN

  1. DTAS34 Diploma Teknologi Automotif Servis
  2. DFPD34 Diploma Teknologi Pembuatan Perkakasan-Die

JABATAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

  1. G01 Diploma Teknologi Komputer (Sistem)
  2. DEME34 Diploma Teknologi Mekatronik
  3. L03 Diploma Teknologi Telekomunikasi

SOALAN 4: Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM di mana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

SOALAN 5: Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

SOALAN 6: Apakah Syarat Kelayakan Minimum Untuk Memohon Kursus Yang Ditawarkan Oleh ADTEC Melaka?

SYARAT AM KEMASUKAN :
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan;
5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS :
Bagi Lepasan SKM atau Setaraf ke Peringkat Diploma :

1. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.
2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.