Assalamualaikum w.b.t, Salam Malaysia Madani dan Salam JTM dihatiku,
PROTON Institute (ADTEC Melaka) merupakan sebuah institusi TVET yang menyediakan peluang latihan dalam pelbagai bidang teknikal bagi menghasilkan graduan dan pekerja yang memenuhi keperluan industri. Kami menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Teknologi bagi bidang Automotif, Komputer (Sistem), Telekomunikasi, Pembuatan (Perkakasan) dan Mekatronik. Latihan berbentuk modular juga ditawarkan secara kursus jangka pendek bagi pekerja-pekerja insudstri yang berhasrat meningkatkan kompetensi atau persijilan mereka.
Dalam usaha untuk mengantarabangsakan latihan, PROTON Institute (ADTEC Melaka) telah mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi luar negara termasuk National Institute Technology Nagaoka College, Japan. Kami juga mengukuhkan kerjasama dengan industri dan agensi ternama seperti PROTON Holdings Berhad, MB Automation (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
PROTON Institute (ADTEC Melaka) telah merangkul beberapa anugerah di dalam pertandingan World Skills Malaysia Belia 2023 dengan pingat emas bagi bidang Plastic Die Engineering dan Robot System Integration. Kami terus komited dalam membangunkan program-program berteknologi baharu selari hasrat negara yang meletakkan TVET sebagai laluan kerjaya pilihan utama.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web PROTON Institute (ADTEC Melaka). Semoga semua maklumat yang disediakan dapat membantu para pengunjung mengenali PROTON Institute (ADTEC Melaka) dengan lebih dekat. Saya juga amat mengalu-alukan kemasukan pelajar ke PROTON Institute (ADTEC Melaka) selari dengan tema “ADTEC Melaka~the Right Choice”. Terima Kasih
Ts. Dr. Norhuda binti Salim
Pengarah PROTON Institute (ADTEC Melaka)