ADTEC Melaka dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK7), di bawah Jabatan Sumber Manusia untuk memenuhi permintaan pekerja mahir dalam sektor industri negara ini. ADTEC Melaka terletak di Alor Gajah, Melaka, hanya 3 km dari plaza tol simpang ampat, Alor Gajah, Melaka. Dengan luas tapak 72 ekar, pembinaannya bermula pada 14 Julai 1999 dan siap sepenuhnya pada 27 September 2001. ADTEC Melaka telah dibuka secara rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Wira Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pada 11 Januari 2002.
Siapakah Pemimpin Terdahulu ADTEC Melaka?
En Abdullah bin Ali
Tahun 2002-2004
En Zabidin bin Abd Samad
Tahun 2004-2020
Ts. Hj Mohd Manoj bin Hj Jumidali
Tahun 2020-2023
Dr Norhuda binti Salim
Tahun 2024-sekarang
VISI |
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.
MISI |
Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.
OBJEKTIF |
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian.
- Meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
- Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.