
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
ADTEC Melaka merupakan sebuah institusi kemahiran tinggi yang menyediakan peluang kepada lepasan sekolah dan Institut Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang untuk mendapatkan kemahiran Kami adalah institut yang menerajui dalam menghasilkan graduan bagi memenuhi keperluan industri semasa. ADTEC Melaka menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Teknologi bagi bidang Automotif, Komputer Sistem, Telekomunikasi, Pembuatan(perkakasan) dan Mekatronik.
Dalam usaha untuk mengantarabangsakan latihan kami, ADTEC Melaka telah mengadakan kerjasama dalam bentuk MOU dengan National Institute Technology Nagaoka College, Japan. ADTEC Melaka telah merangkul beberapa anugerah di dalam pertandingan MySkills bidang Automotif & Elektronik. Kami telah memenangi Pingat Emas dalam bidang teknologi automotif dalam pertandingan MySkills di peringkat kebangsaan pada tahun 2011 dan seterusnya melayakkan pensyarah kami menjadi jurulatih negara untuk pertandingan World Skills di Germany, Vietnam dan Brazil. Pensyarah berkenaan kini dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi pertandingan World Skills di Abu Dhabi Pada tahun 2015, kami menerima anugerah khas Perdana Menteri dalam bidang elektronik di Pertandingan MySkills. Setiap tahun, kami menyertai pertandingan Robot Tempur di peringkat kebangsaan dan telah menjuarai beberapa pertandingan bermula tahun 2015 hingga kini.
Kami sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Kolej Vokasional dan Politeknik untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang teknologi. Kami juga bangga mengatakan pelajar kami sangat diperlukan dalam bidang industri seterusnya menyumbang kepada perkembangan teknologi moden.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web ADTEC Melaka. Semoga semua maklumat yang disediakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali ADTEC Melaka dengan lebih dekat.
Saya juga amat mengalu-alukan kemasukan pelajar ke ADTEC Melaka selari dengan tema “ADTEC Melaka The Right Choice”
Terima Kasih,
Ts Tuan Hj Mohd Manoj Bin Jumidali
Pengarah ADTEC Melaka